PROMOSI PENDAFTARAN 2021
Bagi ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak ke sesi 2021, tadika kami sedang mengadakan PROMOSI Kelas Percubaan PERCUMA selama 2 minggu pada Bulan Disember.
Apakah kepentingan menghadiri Kelas Percubaan?
Kelas Percubaan ini berupaya mengetahui tahap kesesuaian anak terhadap persekitaran tadika, kesesuaian terhadap guru-guru dan rakan-rakan.
Pada peringkat awal ini, anak-anak akan mula menyesuaikan diri juga dengan jadual dan tempat baru.
Persoalan berikut mungkin dapat memberi sedikit kefahaman kepada ibu bapa yang baru pertama kali ingin menghantar anak ke tadika.
1. Adakah anak tidak akan menangis?
Tidak, anak tuan/puan mungkin akan menangis pada 3 hari pertama atau sepanjang seminggu menghadiri kelas.
2. Adakah ini perkara biasa?
Ya, perkara ini adalah normal dalam permulaan persekolahan.
3. Apakah kelebihan menghadiri Kelas Percubaan?
Terdapat banyak kelebihan sekiranya tuan/puan menghantar anak ke Kelas Percubaan antaranya :
- Tugas tuan/puan akan menjadi mudah pada hari Pertama Persekolahan. Anak mungkin tidak menangis atau menangis hanya sebentar sahaja.
- Oleh itu, tuan/puan boleh fokus menghantar anak-anak yang lain dengan lebih cepat di sekolah rendah.
- Guru-guru mudah mengajar anak tuan/puan kerana mereka telah mula menyesuaikan diri dan akan lebih fokus untuk belajar.
- Pencapaian anak dilihat lebih menonjol ke hadapan berbanding mereka yang baru ingin menyesuaikan diri.
- Tahap keyakinan anak lebih tinggi dan anak berasa sangat selesa bersekolah di sekolah baru.
Semoga usaha menghadiri Kelas Percubaan membuahkan hasil dan dapat menyelesaikan permasalahan yang ada.
Comments
Post a Comment