SILIBUS DI TADIKA ALBAGHDADI
Keistimewaan di Tadika Albaghdadi adalah 50% daripada pembelajarannya adalah kepada pendidikan Al Quran. Setiap hari anak-anak akan diajarkan Tamhid menggunakan teknik ketukan.
Teknik ini sangat berkesan kerana ia melibatkan 3 aspek penting sesuatu pelajaran iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik. 3 elemen ini penting kerana ia bakal memudahkan anak anak menyerap sesuatu pelajaran samada belajar dengan hanya melihat, atau mendengar atau melibatkan pergerakan juga.
Pada hujung tahun 2019, pihak HQ telah memperkenalkan 1 Modul baru iaitu Sayang Jom Baca. Modul ini khusus untuk bacaan Bahasa Melayu yang menekankan penguasaan bacaan, imlak (ejaan) dan penulisan. Terdapat set khas yang wajib dipelajari oleh para pelajar bermula usia 4 tahun.
Pada awal tahun 2020, modul ini diguna pakai di tadika dan Alhamdulillah ia sangat menarik minat guru dan pelajar kerana terdapat whiteboard kecil berserta marker disediakan untuk setiap pelajar. Seronoknya belajar di Tadika Albaghdadi! Boleh main tulis tulis☺




Comments
Post a Comment