BAGAIMANA ANAK-ANAK APC BELAJAR MENGAJI? Anak-anak akan dilatih untuk bacaan pendek, bacaan panjang dan bacaan tanwin pada peringkat awal menggunakan Buku Tamhid dan alat ketuk. Apabila telah mahir sedikit-sedikit pelajaran Sukun dan Sabdu diperkenalkan. Jom tonton video di bawah. Disertakan video bacaan Sukun dan Sabdu oleh anak murid Tadika Albaghdadi. Apabila mereka boleh menguasai semua pelajaran dalam Buku Tamhid, mereka sudah boleh naik Quran. Video di bawah merupakan bacaan Quran daripada pelajar 6 tahun. Disertakan video bacaan Quran oleh anak murid Tadika Albaghdadi.
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
BAGAIMANA MEMILIH TADIKA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANAK ANDA? Tahun 2020 semakin hampir ke penghujung. Sudahkah anda memilih tadika yang sesuai untuk anak kesayangan anda? Apakah yang menjadi faktor utama pemilihan tadika kepada anak anda? Tentunya kita sebagai ibu bapa akan memilih sebuah tadika yang baik dan mesra untuk anak kita. Jom lihat bagaimana nak pilih tadika untuk anak kesayangan tahun 2021 ini. 1. Pilih tadika yang berhampiran dengan tempat kerja anda atau kediaman anda 2. Pilih tadika yang anak-anak murid sedia ada ceria 3. Tadika mempunyai pengurusan yang mudah dibawa berbincang 4. Guru-guru di tadika ceria 5. Murid yang tidak padat, sesuai dengan keluasan premis 6. Tadika mengutamakan penjarakkan fizikal dan pematuhan SOP mencegah Covid-19. 7. Silibus di tadika menepati KSPK daripada Kementerian Pendidikan 8. Tadika berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan 9. Mempunyai ciri-ciri keselamatan 10. Murid-murid cemerlang dari...
- Get link
- X
- Other Apps
PROMOSI PENDAFTARAN 2021 Bagi ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak ke sesi 2021, tadika kami sedang mengadakan PROMOSI Kelas Percubaan PERCUMA selama 2 minggu pada Bulan Disember. Apakah kepentingan menghadiri Kelas Percubaan? Kelas Percubaan ini berupaya mengetahui tahap kesesuaian anak terhadap persekitaran tadika, kesesuaian terhadap guru-guru dan rakan-rakan. Pada peringkat awal ini, anak-anak akan mula menyesuaikan diri juga dengan jadual dan tempat baru. Persoalan berikut mungkin dapat memberi sedikit kefahaman kepada ibu bapa yang baru pertama kali ingin menghantar anak ke tadika. 1. Adakah anak tidak akan menangis? Tidak, anak tuan/puan mungkin akan menangis pada 3 hari pertama atau sepanjang seminggu menghadiri kelas. 2. Adakah ini perkara biasa? Ya, perkara ini adalah normal dalam permulaan persekolahan. 3. Apakah kelebihan menghadiri Kelas Percubaan? Terdapat banyak kelebihan sekiranya tuan/puan menghantar anak ke Kelas Percubaan an...
- Get link
- X
- Other Apps
SILIBUS DI TADIKA ALBAGHDADI Keistimewaan di Tadika Albaghdadi adalah 50% daripada pembelajarannya adalah kepada pendidikan Al Quran. Setiap hari anak-anak akan diajarkan Tamhid menggunakan teknik ketukan. Teknik ini sangat berkesan kerana ia melibatkan 3 aspek penting sesuatu pelajaran iaitu Visual, Auditori dan Kinestetik. 3 elemen ini penting kerana ia bakal memudahkan anak anak menyerap sesuatu pelajaran samada belajar dengan hanya melihat, atau mendengar atau melibatkan pergerakan juga. Pada hujung tahun 2019, pihak HQ telah memperkenalkan 1 Modul baru iaitu Sayang Jom Baca. Modul ini khusus untuk bacaan Bahasa Melayu yang menekankan penguasaan bacaan, imlak (ejaan) dan penulisan. Terdapat set khas yang wajib dipelajari oleh para pelajar bermula usia 4 tahun. Pada awal tahun 2020, modul ini diguna pakai di tadika dan Alhamdulillah ia sangat menarik ...
- Get link
- X
- Other Apps
PENUBUHAN TADIKA ALBAGHDADI BATU KIKIR Tadika Albaghdadi telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atas nama Tadika Mukmin Fateh bermula Disember 2018. Pada Januari 2019, jumlah pelajar adalah seramai 4 orang. Manakala p ada tahun kedua iaitu 2020, jumlah pelajar telah meningkat kepada 31 orang. Alhamdulillah silibus di Albaghdadi semakin mendapat tempat di hati ibu bapa kerana keistimewaan kami adalah kepada 50% pendidikan Al Quran iaitu mengaji dengan menggunakan alat ketuk manakala hafazan diajar menggunakan kaedah Neuro Nadi.
PENDAFTARAN 2021 DIBUKA
- Get link
- X
- Other Apps
PENDAFTARAN TADIKA ALBAGHDADI KINI DIBUKA DAFTARKAN ANAK ANDA SEGERA KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD Tadika Albaghdadi Batu Kikir kini mematuhi SOP pencegahan Covid-19 seperti yang telah diarahkan oleh pihak kerajaan. Oleh kerana pematuhan terhadap penjarakan fizikal maka kami telah mengehadkan hanya beberapa kekosongan sahaja yang boleh ditawarkan kepada pelajar baru. Berikut merupakan jumlah bilangan pelajar yang boleh menempatkan pelajar berusia 4 , 5 dan 6 tahun. Kelas 4 tahun : 8 orang Kelas 5 tahun (pelajar lama) : 10 orang Kelas 5 tahun (pelajar baru) : 10 orang Kelas 6 tahun : 9 orang Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendaftaran dengan menghubungi Puan Pengetua di talian 013-6440837 atau Penolong Pengetua di talian 019-6249932.