BAGAIMANA MEMILIH TADIKA YANG BERSESUAIAN DENGAN ANAK ANDA?
Tahun 2020 semakin hampir ke penghujung. Sudahkah anda memilih tadika yang sesuai untuk anak kesayangan anda?
Apakah yang menjadi faktor utama pemilihan tadika kepada anak anda?
Tentunya kita sebagai ibu bapa akan memilih sebuah tadika yang baik dan mesra untuk anak kita. Jom lihat bagaimana nak pilih tadika untuk anak kesayangan tahun 2021 ini.
1. Pilih tadika yang berhampiran dengan tempat kerja anda atau kediaman anda
2. Pilih tadika yang anak-anak murid sedia ada ceria
3. Tadika mempunyai pengurusan yang mudah dibawa berbincang
4. Guru-guru di tadika ceria
5. Murid yang tidak padat, sesuai dengan keluasan premis
6. Tadika mengutamakan penjarakkan fizikal dan pematuhan SOP mencegah Covid-19.
7. Silibus di tadika menepati KSPK daripada Kementerian Pendidikan
8. Tadika berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan
9. Mempunyai ciri-ciri keselamatan
10. Murid-murid cemerlang dari segi bacaan terutama Bahasa Melayu dan mengaji.
11. Aktiviti/program tahunan yang dijalankan di tadika menarik
12. Testimoni daripada ibu bapa yang pernah menghantar anak ke tadika tersebut juga inshaallah membantu anda membuat pilihan
![]() |
| Meniti halangan sambil membawa bola |
Seronok bermain buaian
Mewarna di Perpustakaan Desa
![]() |
| Aktiviti Matematik menghasilkan nombor 2 |
|
![]() |
| Aktiviti memanaskan badan |
Jadi, bagaimana nak tahu kesemua aspek di atas sebelum duit pendaftaran hangus?
Tadika Albaghdadi Batu Kikir ada menyediakan Kelas Percubaan secara PERCUMA selama 2 minggu pada bulan Disember ini bagi ibu bapa yang berhasrat menyekolahkan anak pada awal tahun 2021.
Kelas Percubaan ini akan menyediakan aktiviti seperti Seni, Sains, Cooking Class dan bacaan Surah-surah pendek Al Quran.
Sekiranya anak-anak balik dalam keadaan yang ceria dan seronok kemungkinan besar tadika tersebut adalah baik untuk anak tuan/puan.
Tetapi bagaimana jika dia datang menangis? Itu adalah normal jika datang menangis kerana mereka tidak biasa ke tempat baru.
Oleh itu, Kelas Percubaan ini sebagai satu usaha untuk menyesuaikan diri anak pada peringkat awal sebelum mereka memulakan kelas Akademik pada Januari nanti.
Selamat bersekolah!







Comments
Post a Comment